Allahuakbar
But now those lonely lullabies, Just dampen my tired eyes,
Because I cant forget you.
Lelah Mengejar
Sunday, September 15, 2013 | 12:55 AM | 0 comments
photo credit: Thomas Leuthard via photopin cc


Lelah.
Lelah mengejar sang pelari.
Lelah mengejar sang pelari yang sombong.

Dulu,
bila aku aku kejar, kau berhenti, 
menyapa aku, mengapa aku mengejar?
Lantas, aku berkata,
Aku ingatkan aku mengejar sebuah permata,
Dan aku ingin memiliki ia. 

Sekarang, 
bila aku mengejar, kau tidak berhenti.
Malah semakin jauh.
Semakin jauh dari pandangan ku ini.
Aku tak berdaya.
Aku lelah. 
Penat.

Bila aku memanggil, kau tidak dengar. 
Kenapa? 
Kenapa? 
Kenapa? 

Bila sampai masanya.
Jantung aku ini berhenti.
Aku akan memanggil orang lain.
Untuk terus mengejar dirimu. 
Semoga ia dapat mendakap dirimu.


Labels:

Engkau Pandai, Aku Bodoh.
Tuesday, August 6, 2013 | 6:09 AM | 0 comments


  Bangga mengatakan yang engkau lagi pandai, dan begitu bangga lagi mengatakan bahawa aku seorang yang bodoh. Maka, izinkan aku berdiri dan memberi beribu tepukan di atas kebijaksanaan otak engkau dalam menuding jari mengatakan aku bodoh.


   Ye, engkau memang pandai dalam akademik, tapi sudah cukup berkuasakah engkau untuk menuding jari kepada aku dan mengatakan yang aku ini bodoh? Ingat, orang yang engkau tuding ini juga punya perasaan walaupun adik-beradik. 


   Sudah berlagak dengan kepandaian mencerap ilmu dengan pantas, dan menterjemahkan ilmu itu ke atas kertas. Belum lagi mendapat ilmu sihir. Mungkin kau akan lagi berlagak. Malah mungkin akan mencabar kuasa Tuhan. 


   Aku berpikir engkau tidak merasai dan bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi dekat kau. Nikmat pandai dalam akademik. Renunglah kembali siapa yang memberikan kepandaian itu kepadamu. Sudah tentu ALLAHUAKBAR. 


"Ijazah terbaik itu datangnya dari jalanan"


Labels:

Lemas dalam Dunia
Thursday, July 4, 2013 | 2:36 PM | 0 comments

   Kejamkah hidup ? Kejamkah dunia pada mereka yang sudah membuat kebaikan. Aku terfikir, bagaimana orang yang sudah membuat kebaikan tetapi masih lagi dikategorikan sebagai orang yang jahat, tak berhati perut, jenis masuk neraka dan sebagainya. Kenapa? 


   Pernah terdengar satu ungkapan bahawa, "orang akan ingat sekali sahaja kebaikan yang kamu lakukan, dan orang akan ingat berkali-kali kejahatan yang kamu lakukan walaupun hanya sekali kamu melakukan." Apakah adil bagi kita semua untuk menghukum orang seperti itu? Bagaimana jika kamu berada si tempat nya? 


   Sedarlah, kekayaan tidak menjanjikan kebahagiaan yang sepenuhnya. Kamu mungkin bahagia apabila kamu membeli begitu banyak barang berjenama dan berharga. Tetapi, percayalah akan tiba saat kamu akan terasa sepi nya hidup dan berasa kesunyian. Tatkala itu, hanya Allah sahaja yang dapat membahagiakan hati kamu. Jangan lupa Allah. 


   Akhir kata, hidup di dunia ini jangan sombong, jangan bongkak, jangan riak dan jangan berlagak. Apakah kita mengetahui nasib kita macam mana di masa hadapan. Hanya yang mampu berdoa kepada Allah supaya kita selamat di sini dan di akhirat sana. Biarlah kita hidup bersederhana. Jika kita ada sesuatu yang membahagiakan kita. Tak perlu diberitahu seluruh alam semesta. Cukuplah hanya berkongsi dengan ahli keluarga. Benar, itu kejayaan kamu tetapi ingat. Kita ada tuhan. Allah yang memberi kejayaan. Bukan kejayaan itu datang dari usaha kamu. Tetapi dari Allah. Salam. 

Labels:

Berani Gagal?
Wednesday, April 10, 2013 | 9:17 PM | 0 comments
Berikan kepada aku erti berusaha dan gagal. Berikannya kepada aku! Apa erti jika aku berusaha tetapi di pengakhiran Tuhan meletakkan nasib aku untuk gagal. Tiada erti. Semoga Allah mengasihani kepada diri aku. Aku sudah lama tidak menemui kejayaan yang begitu besar. Bukan sudah lama malah tak pernah dapat.

Maafkan aku wahai ayah dan ibu. Aku bukanlah anak yang boleh dapat dibanggakan. Maafkan aku. Aku hanyalah seorang manusia biasa yang berusaha sedaya mampu dan sentiasa sujud di sejadah tetapi gagal di pengakhirannya. Apakah dosa aku?

Ya Allah, maafkanlah aku jika aku mempersoalkan tentang takdir Mu Ya Allah. Maafkan aku. Berikanlah aku peluang untuk menikmati apa itu kejayaan yang luar biasa. Berikanlah aku peluang Ya Allah.

Labels:

Im Not Afraid
Thursday, November 29, 2012 | 1:06 AM | 0 comments


Labels:

Gagal Semester Pertama
Tuesday, November 20, 2012 | 2:48 AM | 0 comments
photo credit: Wired Photostream via photopin cc



Ya Allah ! Aku malu Ya Allah ! Aku malu dengan ibu bapa aku , adik beradik aku , kawan - kawan aku , aku malu dengan diri sendiri , aku juga malu dengan Mu Ya Allah ! Kenapa hidup aku selalu ditembusi dengan kegagalan Ya Allah ? Adakah aku antara manusia yang tak layak untuk berada di muka bumi ini ? Hmmmm ... Result exam semester 1 sudah pun keluar dan sudah tentu lah jawapannya , aku gagal . Ye , gagal lagi . Gagal dan gagal dan gagal lagi . Bila aku akan menemui kejayaan yang boleh membuatkan hati aku berasa puas dan hati ibu bapa aku puas . Bila ?!!!!   


Terasa masa hadapan aku makin suram bila melihat kembali result aku . Aku tiada peluang dalam bidang akademik . Aku pasti . Tapi disebabkan ibu bapa yang ingin melihat kejayaan anaknya , aku terpaksa akur tanpa membuat bantahan . Aku sebenarnya tidak teringin lagi untuk berada di arena akademik dan peperiksaan ini . Kerana aku tahu pengakhirannya pasti akan mengecewakan aku . Aku tahu , aku cukup tahu !   



Bila memikirkan ingin membuat sesuatu yang lain , pasti akan dikritik hebat oleh ibu bapa aku , aku pasti . Mungkin ayat ini akan keluar , "mu ingat mu bereti belajar mu buleh berjayo ko?" aku pasti ayat ini akan terpacul keluar dari mulut ibu ku . Kritikan sebegini lah  yang akan membuatkan kita hanyut dan terus berfikiran negatif . Ahhh ! Aku tak tahu lagi macam mana nak cakap . Kusut kepala aku memikirkan perihal result ini . Ya Allah , tenangkanlah dadaku Ya Allah ... Allahuakbar ... Tunjukkan lah kepadaku jalan yang boleh membuatkan aku gembira . Jalan yang benar .

Labels:

Surat Untuk Bakal Isteri Ku.
Thursday, November 15, 2012 | 4:20 AM | 0 comments



Sebelum baca surat dibawah , izinkan menekan dulu lagu diatas. :) 

Jika kau pilih aku,
Sebagai putera hati,
Pimpinla aku menuju redhaNya,
Bukan membuka jalan untukku,
Melangkah ke neraka.
Jika kau pilih aku,
Sebagai putera hati,
Tutupla matamu memandangku kerana rupa, harta dan kelebihanku,
Pandanglah aku dengan kekuranganku,
Nilai kembali niatmu,
Masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku.
Jika kau pilih aku,
Sebagai putera hati,
Jangan rosakkan hatiku dengan merinduimu,
Hentikanlah madah2 terindahmu untukku,
Sehingga saat halal itu berlaku,
Jika kau pilih aku,
Sebagai putera hati,
Aku mohon agar kau sandarkan niatmu,
Kepada yg menentukan,
Aku pinta agar kau sentiasa dalam istikharah,
Agar kita kan bisa menemukan insan yg tepat,
Bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara.
Jika kau pilih aku,
Menjadi putera hati,
Ketahuilah,
Tidak ku pinta kemewahan dunia,
Tidak ku mahu kaya harta,
Tetapi aku minta,
Jadikan aku suri yang bisa mendapatkan istana di akhirat sana,
Berikan aku jaminan,
Untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redhaNya.
Jika kau pilih aku,
Dan jika Allah mengizinkan aku memilihmu,
Ketahui la,
Aku akan memilihmu keranaNya.
Saat itu ialah apabila aku tahu,
Kenapa kau memilih aku,
Jawapannya ialah “Kau memilih aku kerana Dia”


dari: http://akuislam.com/blog/renungan/jika-aku-pilihanmu/#ixzz2CEIv41vm

Labels:

Searching For The Mrs Right
Tuesday, October 23, 2012 | 3:03 AM | 0 comments
photo credit: eliot. via photopin cc

All my time is searching for the Mrs. Right. Yeah. I know that i used to played girls feeling dulu. But, i dont think that karma is attacking me now! Or, is it? Ahhh! Forget it! I dont believe in this KARMA or watever, im just BELIEVE in Allah. Where is the most precious jewelry that i find rite now? Oh God! Please! My heart is empty right now! I need someone who can support all my work and all what im doing. But, im also know that i cant give my 100% my attention to the girl that i can love. Becoz i dont like to give that attention so so so much to the girl that i dont married first. Take Note That!

3 bulan lepas, aku ada berSMS dengan perempuan yang aku kenal di kampong. Yeah! I like kampong girl and she is most gorgeous girl i found in my kampong. So, i get her number through my cousin. But, after her number got lose, we lose contact. I ask my cousin where is her right now? She just silent her mouth. So, im just, ouh okey. FINE! But, her picture is still in my phone. So sad. Let by gones be by gones. Just pasrah kepada Allah, dan biar Dia yang tentukan siapa jodoh aku. Im now searching for a wife not a girlfriend.

Labels:

AMC Raya Gathering 2012
Wednesday, October 10, 2012 | 8:59 PM | 0 comments
Just late posting. This event was held on 14 September 2012. Hehe.








Labels:

Sesuatu Yang Hilang
Friday, September 7, 2012 | 2:09 AM | 0 comments
photo credit: Brandon Christopher Warren via photo pin cc

Cinta . Apa itu cinta . Aku tak pernah faham apa erti  berkasih - sayang dan apa erti dapat menyayangi seseorang . Bagi aku , cinta ni hanya untuk masa boring . Bila kau dah bosan , kau tinggalkan dia . Itu bagi orang yang tak tahu makna cinta seperti aku lah .

Sejak kebelakangan ini , hidup aku terasa seperti sesuatu yang tertinggal . Terasa seperti sesuatu yang hilang . Terasa seperti ada kekosongan dalam jiwa ini tatkala bersendirian . Baru aku sedar , aku tiada teman hidup . Teman hidup yang boleh menyokong apa yang kita buat . Yang boleh buat kita suka dari duka . Aku tiada .

Ingin mencari tetapi diri tidak sehensem Nabi Yusof . Ingin mencari takut tidak dilayan . Itu antara sebab aku takut ingin mencari teman hidup . Aku ingin mencari yang solehah . Dimana solehah itu ?
Dimana ?

Labels:

Hari Raya Menjelma Lagi 2012
Tuesday, August 21, 2012 | 2:45 AM | 0 comments

1 Syawal menjelma lagi. Terasa sekejap sahaja. Setahun sudah berlalu. Terasa bagai semalam Syawal pada tahun 2011 baru menjengah. Oh! Sudah Syawal 2012. Semakin cepat masa berlalu, semakin tua lah diri ini jugak ye? :D 

Raya pada tahun ini sebagai pelajar Kolej sedikit sebanyak membuatkan diri ini bertambah matang. Matang dari segi semua benda. Perlu berdikari, tidak perlu lagi hidup ini hanya bergantung kepada ibu bapa. Semuanya perlu dibuat sendiri. Pada mulanya, terasa seperti "Aaahh! Kenapa aku perlu lakukan semua ini?" Tapi ingatlah, pengalaman yang akan mendewasakan kita. "EXPERIENCE IS THE BEST TEACHER."

Ramadhan pada tahun 2012, Alhamdulillah. Puasa aku penuh lagi. Tapi, terawih aku masih lagi tidak cukup. Ya Tuhan. Maafkanlah aku. Aku masih lagi tidak sempurna. Hidup di perantauan bukan senang untuk kesana kemari. Kalau tiada transport, susah lah kamu. Disini, nak pergi semayang jumaat pon jauh gila! Ya Allah! Dugaan sungguh! 

Makan di Kolej, selalu makan di restoren. Kalau time banyak duit, aku akan order nasi goreng biasa+telur dadar. Kalau time takde duit, aku order nasi bujang sahaja. RM3.00 . Murah kan? :) Sebab tu namanya bujang. HAHA. 

Sempena hari raya ini, aku ingin menyusun sepuluh jari tanda memohon kemaafan. Segala salah dan silap, agar dimaafkan. Dilupakan memang lah susah. Tapi dimaafkan itu sesuatu yang amat terpuji. :) Aku mengundur diri dulu buat post kali ini. Sehingga kita bertemu kembali di post akan datang. Assalamualaikum. 

P/S : Sedang menunggu seorang insan solehah datang mengetuk pintu hati dan setia hingga akhir hayat. HAHA. 

Labels:

Hargailah Masa Bersama
Monday, July 2, 2012 | 1:35 PM | 0 comments
photo credit: h.koppdelaney via photo pin cc

"Bila bersama, tidak pernah dihargai. Bila tiada, sibuk mencari-cari." Perasaan rindu mula mengetuk pintu hatiku terhadap kawan-kawan sekolah. Keriangan yang kita cipta bersama bagaikan direnggut oleh masa dengan kejamnya. Ahhh, aku mulai merindu kamu wahai teman. Entah bila lagi aku dapat bertemu kamu dan menikmati saat-saat macam dulu. Pahit, manis semua ada. 


Habis je SPM, semua membawa hala tuju masing-masing. Tak semua kawan aku ada nombor telefon. Yang di sekolah menengah pon sikit, apatah lagi di sekolah rendah. Semuanya sudah lost contact. Sakit rasanya otak ini bila memikirkan peristiwa yang kita sudah lalui. Sifat teringin kembali ke zaman lampau amat kuat sekali. Tapi apatah daya. Aku hanya insan biasa. Tiada jampi serapah yang boleh membuatkan aku kembali melihat zaman kita bersama. Melihat dari suduh yang jauh. 


Tujuan aku menulis blog mengenai ini kerana, aku bermimpi tentang kamu semua wahai teman. Bila tersedar dari mimpi. Aku menyesal. Menyesal yang tiada kesudahan. Menyesal kenapa aku terjaga dari mimpi ini. Ahhh! Tolonglah Ya Allah! Kalau boleh, 24 jam aku ingin bermimpi. Selama-lamanya pon tidak mengapa. Bangun dari tidur, aku termenung. Kenapa mimpi ini datang mengetuk kotak mimpi aku? Adakah dia suruh aku merindui kalian? Hanya doa yang boleh aku kirimkan buat teman semoga berjaya dalam hidup. 

Labels:

Mimpi Adalah Kunci
Thursday, May 10, 2012 | 11:29 AM | 0 comments

Pernah tengok tak filem ni ? Bagi aku , filem ini adalah yang paling best sekali bagi yang ingin mengetahui tentang erti kehidupan , persahabatan dan percintaan . Well , percintaan tu takde la hebat sangat dalam filem cuma erti cinta antara dua kanak-kanak . Kalau ada filem ni disiarkan di TV, confirm aku tak akan miss. Betol! Dengan lagu tema nya yang sedap iaitu lagu Nidji - Laskar Pelangi. Melodinya sungguh menjadi halwa telinga.

Dalam filem ni, aku tertarik dengan kata-kata Lintang yang menjawab pertanyaan Ikal iaitu "Gambar ini dimana Lintang?" Lintang menjawab, "ini Eiffel Tower kal, ianya terletak di Perancis, kota Paris. Kota Paris dipenuhi dengan ramai orang cerdik pandai, seniman, artis-artis. Kota Paris adalah kota yang tercantik di dunia kal"

Semasa mendengar ayat tue, tiba-tiba hati aku terasa macam dihempap keinginan yang membuak-buak. Keinginan untuk melihat sendiri kota Paris, yang dikatakan begitu cantik sekali. Ingin melihat menara Eiffel Tower dengan mata sendiri. Dikatakan juga kota Paris adalah kota paling romantik di dunia. Hebat sungguh negara orang kan? Bak kata pepatah "hujan emas di negeri orang, di batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri."

Sebenarnya aku berbangga dengan filem dari Indonesia, mereka begitu memahami bagaimana ingin membawa penonton untuk merasai keperitan hidup seseorang, melalui ranjau duka percintaan seperti filem Ayat-Ayat Cinta. Bukan bermakna aku tidak menyokong industri tempatan, tidak! Cuma, aku lebih suka dengan cara garapan dari orang mereka. Sama juga dengan muzik mereka. Aku suka muzik mereka. Lirik lagu mereka seperti mereka pandai berkata-kata. Pandai mengolah ayat dari ayat biasa kepada ayat bombastik, dan pandai memcipta melodi lagu yang sungguh indah. Kalau tak percaya, anda minat dengan lagu Letto -Ruang Rindu? anda minat lagu Zivilia - Aishiteru? Bagaimana pula dengan lagu Rossa - Ayat-Ayat Cinta? Aku pasti kalian mesti menyukainya juga kan?

Akhir kata, bersempena dengan bulan May ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua insan yang bergelar guru, tak kiralah guru tadika ke, guru sekolah rendah ke, guru silat ke, guru memasak, asalkan mereka panggil kamu cikgu. Selamat Hari Guru!








Labels:

Adakah Aku Dilahirkan Sebagai Seorang Loser?
Wednesday, April 25, 2012 | 2:50 PM | 0 comments
photo credit: Sigalakos via photo pin cc
Terdetik di lubuk hati perasaan dengki dan iri hati melihat kejayaan orang lain . Bukan bermaksud ingin menyihir orang tu , bukan ! Tapi , melihat kejayaan orang lain , membuat aku terpikir , bagaimana orang lain berusaha ? bagaimana kehidupan orang yang berjaya tempuh ? adakah sama dengan aku ? membanding kan diri aku dengan mereka , terpikir di fikiran , adakah aku dilahirkan sebagai seorang LOSER ? 

Sudah banyak perkara yang aku tempuh , semuanya gagal . Selama 18 tahun aku hidup , 97% benda yang aku buat adalah GAGAL ! Pertandingan apa-apa pon yang aku masuk mesti berakhir dengan kegagalan . Sampai kan membuat kan aku berpikir , apa yang tak kena dengan diri aku ? Adakah aku seorang LOSER ? Hanya dua kali pertandingan yang aku masuk menemui kejayaan . Yang lain , HAMPEH ! Apa yang tak kena ? Adakah usaha aku kurang ? 

Kalau dalam akademik , aku mengaku aku kurang berusaha . Tapi takkan benda lain yang aku ceburi turut gagal ? Steve jobs pon kurang cemerlang dalam akademik beliau ! Puas aku berfikir , di mana kelemahan diri aku . Masa pertandingan silat yang aku masuk , tak pernah JUARA . Aku begitu bersungguh masa latihan , setiap hari aku menghabiskan 3 jam latihan di sekolah untuk pertandingan silat . Bayangkan 3 jam setiap hari selama 7 bulan ? Adakah itu tidak cukup ?

Aku harap kehidupan aku sebelum mati tidak berakhir dengan kegagalan , aku pasti , nanti kejayaan akan aku genggam . Mungkin bukan dalam bidang akademik .  Mungkin bidang lain . Insyallah . 

Kalau kamu dilahirkan sebagai orang miskin , bukan salah kamu . Tapi , kalau kamu mati dalam keadaan miskin , itu memang salah kamu . - Bill Gates

photo credit: AlicePopkorn via photo pin cc






Labels: ,

Adele - Suaranya Sungguh Memukau
Monday, February 27, 2012 | 2:09 PM | 0 comments
photo credit: [captivated] via photopin cc
Adele , penyanyi yang begitu popular dengan lagu Rolling in The Deep dan Someone Like You dan sekarang Set Fire To The Rain mempunyai suara yang begitu mengujakan. EMAT begitu kagum dengan vokal yang diperdengarkan oleh dia . Disini beberapa BIO tentang Adele .

Adele Laurie Blue Adkins[2] (born 5 May 1988), better known mononymously as Adele, is a British recording artist and songwriter. Adele was offered a recording contract from XL Recordings after a friend posted her demo on MySpace in 2006. The next year she received the Brit Awards "Critics' Choice" and won the BBC Sound of 2008. Her debut album, 19, was released in 2008 to much commercial and critical success in the UK. 19 was certified four times platinum in the UK.[3] Her career in the US was boosted by a Saturday Night Live appearance in late 2008. At the 2009 Grammy Awards, Adele received the awards for Best New Artist and Best Female Pop Vocal Performance.[4][5]

sumber : WIKIPEDIA 

 

Labels:

DENGAR COVER SAYA
Wednesday, January 25, 2012 | 11:01 AM | 0 comments
photo credit: kindofadraag via photopin cc

Salam guys , hari ni EMAT nak letak video nyanyian EMAT . Sebenarnya video ni 2 hari yang lepas dah upload tapi baru nak post di blog harini . Sebenarnya tujuan EMAT buat video ni hanya untuk berkongsi bakat yang EMAT ada . Tak salah kan ? Kalau anda suka teruskan mendengar , kalau tak suka just shut down that video . BTW , EMAT rakam video ni secara LIVE k . Takde nak rakam dalam studio or anything . Tapi kalo rakam guna studio mesti lagi best bunyi dia . Jadi , enjoy this video k . Mungkin orang akan cakap , alah , budak-budak sekarang nak popular senang je ambil dan upload di youtube . Ye , memang benar senang . Tuhan dah takdirkan dunia semakin maju . Dengan ada nya Youtube manusia boleh berkongsi bakat yang mereka ada . Berapa ramai dah di Youtube yang membuat cover dan ramai diantara mempunyai suara lagi sedap dari penyanyi asal . Jadi , tak usah lah nak kondem orang semata-mata dengki atau takut orang lebih pada kita . Bersyukurlah dengan apa yang kita dah ada . Tak perlu dengki dengan kejayaan orang . Btw , please support me guys untuk buat lebih banyak cover . THANKS ! SALAM !

Labels:

Aku Teringin Nak Ke Mekah
Thursday, January 19, 2012 | 1:09 AM | 0 comments
photo credit: menj via photopin cc



Boleh dikatakan bila setiap kali ada orang bagi duit kat EMAT , EMAT akan masukkan duit dalam beg duit dalam beg duit terdapat duit yang emat kumpul sejak dari kecil dan datang dari berbagai sumber . Time simpan tue , EMAT terpikir jugak bila la nak bertambah ni , EMAT nak pegi buat haji di Mekah . Serius EMAT akan dengki dengan budak-budak yang mak bapak kaya-raya . Diorang dapat pegi haji awal-awal lagi time muda . Yang tak berapa nak kaya ni kena la tunggu time tua nak mampos .

EMAT berharap Tuhan akan permurahkan rezeki EMAT selepas ini , semoga hasrat EMAT untuk menunaikan HAJI time usia muda termakbul . AMIN . LABAIKALLAH HUMMALABAIK !

Labels:

Selamat Kembali Ke Sekolah
Tuesday, January 3, 2012 | 10:49 AM | 0 comments

Apa la agaknya di benak fikiran budak-budak sekolah sekarang ye? Masih dihantui oleh persekitaran sekolah yang agak janggal atau sudah boleh membiasakan diri di tempat yang baru? Alhamdulillah, EMAT sudah pun habis alam persekolah tunggu alam mahasiswa plak. Entah apa rasanya nanti. Mungkin lagi nervous dari budak-budak nie kot? HAHA.

Kelmarin, buka facebook pukul 1:00 pagi. Selalu masih ramai online sampai 200 orang, semalam hanya 100 orang je. Nampaknya ramai yang tidur awal untuk ke sekolah. Yelah takkan nak tidor lewat sampai pukul 4:00 pagi kot? Tidur lewat semata-mata nak study takpe, jangan online je manjang. :)

Okey, kepada adik-adik diluar sana, selamat menempuh alam persekolahan ye? Belajar rajin-rajin hingga dapat 5A UPSR lepas tu boleh pergi MRSM dan terus jadi engineer. :) Tapi tak semua yang dapat kerja engineer, kerja apa-apa pun takpe, asalkan rezeki HALAL kerana redha Allah yang kita cari, bukan redha manusia. Ingat tue! Last but not least, semoga berbahagia di hari-hari mendatang. ASSALAMUALAIKUM~

Labels:

Manchester United 5 Wigan Athletic 0
Tuesday, December 27, 2011 | 2:26 AM | 0 comments
Berbatov menghasilkan hatrik malam ini . 
Sumpah ! Emat suka gile malam ni . Bukan sebab dapat durian runtuh tidak . Cuma , pasukan kesayangan Emat berjaya menutup mulut-mulut busuk dalam facebook tuh . Ramai yang kata United akan seri je dengan Wigan . Tapi hasilnya tidak , 5-0 guyz ! Sape yang tak puas hati . 


Sambil tengok bola , sambil bertweeting , so , sape2 yang ada twitter tuh , follow2 lah Emat ye ? Yang takde , nak tengok emat borak LIVE , buka blog nie ye ? HAHA . Jaringan semuanya oleh Berbatov(Hatrik) , Park Ji Sung , dan Valencia . HAHA . Memang senyum tak ingat hari ini . 


Kepada group dalam facebook yang lebih dikenali sebagai G.E.M.U.K (Gagasan Excited Manchester United Kalah) tu padan muka anda . GGMU GUYZ ! Bye ! Assalamualaikum . :)

Labels:

HAPPY BIRTHDAY TO ME !
Tuesday, December 20, 2011 | 6:08 PM | 0 comments

Alhamdulillah , hari ini genap Emat berumur 17 tahun . Terima kasih Ya Allah kerana masih lagi panjangkan umur ku yang sedang meningkat remaja dan terus dewasa ini . Semoga hidup ini lebih diberkati dari hari-hari yang sebelumnya . Amin .


Pagi bangun solat subuh , lepas solat subuh tengok tv sebentar , dalam pukul 10 pagi terus breakfast . Lepas breakfast minum air , duduk sebentar , then bukak PC . Apa lagi kalau zaman sekarang , remaja mestilah buka FACEBOOK kan ? dah takde benda lain lagi yang akan dibuka , buka pagi tadi Alhamdulillah , 73 orang wish . Masuk ke petang pula lagi Alhamdulillah , 140 wish birthday kepada Emat . :) Ada yang ucap panjang lebar , ada yang sikit je , tapi takpe itu tidak penting . Asalkan mereka ucap wish kepada Emat sudah pun dah bermakna bagi Emat .


Hari pun semakin menjenguk senja , malam kian membuka tirai tapi masih lagi ramai yang wish birthday kepada Emat , terharu rasa diri ini . Okeylah , kita jumpa lagi di lain cerita . Semoga cerita itu kian bermakna buat kita semua . Assalamuaalaikum .

Labels:


Older Post | Newer Post