Allahuakbar
But now those lonely lullabies, Just dampen my tired eyes,
Because I cant forget you.
Hari Raya Menjelma Lagi 2012
Tuesday, August 21, 2012 | 2:45 AM | 0 comments

1 Syawal menjelma lagi. Terasa sekejap sahaja. Setahun sudah berlalu. Terasa bagai semalam Syawal pada tahun 2011 baru menjengah. Oh! Sudah Syawal 2012. Semakin cepat masa berlalu, semakin tua lah diri ini jugak ye? :D 

Raya pada tahun ini sebagai pelajar Kolej sedikit sebanyak membuatkan diri ini bertambah matang. Matang dari segi semua benda. Perlu berdikari, tidak perlu lagi hidup ini hanya bergantung kepada ibu bapa. Semuanya perlu dibuat sendiri. Pada mulanya, terasa seperti "Aaahh! Kenapa aku perlu lakukan semua ini?" Tapi ingatlah, pengalaman yang akan mendewasakan kita. "EXPERIENCE IS THE BEST TEACHER."

Ramadhan pada tahun 2012, Alhamdulillah. Puasa aku penuh lagi. Tapi, terawih aku masih lagi tidak cukup. Ya Tuhan. Maafkanlah aku. Aku masih lagi tidak sempurna. Hidup di perantauan bukan senang untuk kesana kemari. Kalau tiada transport, susah lah kamu. Disini, nak pergi semayang jumaat pon jauh gila! Ya Allah! Dugaan sungguh! 

Makan di Kolej, selalu makan di restoren. Kalau time banyak duit, aku akan order nasi goreng biasa+telur dadar. Kalau time takde duit, aku order nasi bujang sahaja. RM3.00 . Murah kan? :) Sebab tu namanya bujang. HAHA. 

Sempena hari raya ini, aku ingin menyusun sepuluh jari tanda memohon kemaafan. Segala salah dan silap, agar dimaafkan. Dilupakan memang lah susah. Tapi dimaafkan itu sesuatu yang amat terpuji. :) Aku mengundur diri dulu buat post kali ini. Sehingga kita bertemu kembali di post akan datang. Assalamualaikum. 

P/S : Sedang menunggu seorang insan solehah datang mengetuk pintu hati dan setia hingga akhir hayat. HAHA. 

Labels:


Older Post | Newer Post