Allahuakbar
But now those lonely lullabies, Just dampen my tired eyes,
Because I cant forget you.
Lemas dalam Dunia
Thursday, July 4, 2013 | 2:36 PM | 0 comments

   Kejamkah hidup ? Kejamkah dunia pada mereka yang sudah membuat kebaikan. Aku terfikir, bagaimana orang yang sudah membuat kebaikan tetapi masih lagi dikategorikan sebagai orang yang jahat, tak berhati perut, jenis masuk neraka dan sebagainya. Kenapa? 


   Pernah terdengar satu ungkapan bahawa, "orang akan ingat sekali sahaja kebaikan yang kamu lakukan, dan orang akan ingat berkali-kali kejahatan yang kamu lakukan walaupun hanya sekali kamu melakukan." Apakah adil bagi kita semua untuk menghukum orang seperti itu? Bagaimana jika kamu berada si tempat nya? 


   Sedarlah, kekayaan tidak menjanjikan kebahagiaan yang sepenuhnya. Kamu mungkin bahagia apabila kamu membeli begitu banyak barang berjenama dan berharga. Tetapi, percayalah akan tiba saat kamu akan terasa sepi nya hidup dan berasa kesunyian. Tatkala itu, hanya Allah sahaja yang dapat membahagiakan hati kamu. Jangan lupa Allah. 


   Akhir kata, hidup di dunia ini jangan sombong, jangan bongkak, jangan riak dan jangan berlagak. Apakah kita mengetahui nasib kita macam mana di masa hadapan. Hanya yang mampu berdoa kepada Allah supaya kita selamat di sini dan di akhirat sana. Biarlah kita hidup bersederhana. Jika kita ada sesuatu yang membahagiakan kita. Tak perlu diberitahu seluruh alam semesta. Cukuplah hanya berkongsi dengan ahli keluarga. Benar, itu kejayaan kamu tetapi ingat. Kita ada tuhan. Allah yang memberi kejayaan. Bukan kejayaan itu datang dari usaha kamu. Tetapi dari Allah. Salam. 

Labels:


Older Post | Newer Post