Allahuakbar
But now those lonely lullabies, Just dampen my tired eyes,
Because I cant forget you.
Lelah Mengejar
Sunday, September 15, 2013 | 12:55 AM | 0 comments
photo credit: Thomas Leuthard via photopin cc


Lelah.
Lelah mengejar sang pelari.
Lelah mengejar sang pelari yang sombong.

Dulu,
bila aku aku kejar, kau berhenti, 
menyapa aku, mengapa aku mengejar?
Lantas, aku berkata,
Aku ingatkan aku mengejar sebuah permata,
Dan aku ingin memiliki ia. 

Sekarang, 
bila aku mengejar, kau tidak berhenti.
Malah semakin jauh.
Semakin jauh dari pandangan ku ini.
Aku tak berdaya.
Aku lelah. 
Penat.

Bila aku memanggil, kau tidak dengar. 
Kenapa? 
Kenapa? 
Kenapa? 

Bila sampai masanya.
Jantung aku ini berhenti.
Aku akan memanggil orang lain.
Untuk terus mengejar dirimu. 
Semoga ia dapat mendakap dirimu.


Labels:

Engkau Pandai, Aku Bodoh.
Tuesday, August 6, 2013 | 6:09 AM | 0 comments


  Bangga mengatakan yang engkau lagi pandai, dan begitu bangga lagi mengatakan bahawa aku seorang yang bodoh. Maka, izinkan aku berdiri dan memberi beribu tepukan di atas kebijaksanaan otak engkau dalam menuding jari mengatakan aku bodoh.


   Ye, engkau memang pandai dalam akademik, tapi sudah cukup berkuasakah engkau untuk menuding jari kepada aku dan mengatakan yang aku ini bodoh? Ingat, orang yang engkau tuding ini juga punya perasaan walaupun adik-beradik. 


   Sudah berlagak dengan kepandaian mencerap ilmu dengan pantas, dan menterjemahkan ilmu itu ke atas kertas. Belum lagi mendapat ilmu sihir. Mungkin kau akan lagi berlagak. Malah mungkin akan mencabar kuasa Tuhan. 


   Aku berpikir engkau tidak merasai dan bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi dekat kau. Nikmat pandai dalam akademik. Renunglah kembali siapa yang memberikan kepandaian itu kepadamu. Sudah tentu ALLAHUAKBAR. 


"Ijazah terbaik itu datangnya dari jalanan"


Labels:

Lemas dalam Dunia
Thursday, July 4, 2013 | 2:36 PM | 0 comments

   Kejamkah hidup ? Kejamkah dunia pada mereka yang sudah membuat kebaikan. Aku terfikir, bagaimana orang yang sudah membuat kebaikan tetapi masih lagi dikategorikan sebagai orang yang jahat, tak berhati perut, jenis masuk neraka dan sebagainya. Kenapa? 


   Pernah terdengar satu ungkapan bahawa, "orang akan ingat sekali sahaja kebaikan yang kamu lakukan, dan orang akan ingat berkali-kali kejahatan yang kamu lakukan walaupun hanya sekali kamu melakukan." Apakah adil bagi kita semua untuk menghukum orang seperti itu? Bagaimana jika kamu berada si tempat nya? 


   Sedarlah, kekayaan tidak menjanjikan kebahagiaan yang sepenuhnya. Kamu mungkin bahagia apabila kamu membeli begitu banyak barang berjenama dan berharga. Tetapi, percayalah akan tiba saat kamu akan terasa sepi nya hidup dan berasa kesunyian. Tatkala itu, hanya Allah sahaja yang dapat membahagiakan hati kamu. Jangan lupa Allah. 


   Akhir kata, hidup di dunia ini jangan sombong, jangan bongkak, jangan riak dan jangan berlagak. Apakah kita mengetahui nasib kita macam mana di masa hadapan. Hanya yang mampu berdoa kepada Allah supaya kita selamat di sini dan di akhirat sana. Biarlah kita hidup bersederhana. Jika kita ada sesuatu yang membahagiakan kita. Tak perlu diberitahu seluruh alam semesta. Cukuplah hanya berkongsi dengan ahli keluarga. Benar, itu kejayaan kamu tetapi ingat. Kita ada tuhan. Allah yang memberi kejayaan. Bukan kejayaan itu datang dari usaha kamu. Tetapi dari Allah. Salam. 

Labels:

Berani Gagal?
Wednesday, April 10, 2013 | 9:17 PM | 0 comments
Berikan kepada aku erti berusaha dan gagal. Berikannya kepada aku! Apa erti jika aku berusaha tetapi di pengakhiran Tuhan meletakkan nasib aku untuk gagal. Tiada erti. Semoga Allah mengasihani kepada diri aku. Aku sudah lama tidak menemui kejayaan yang begitu besar. Bukan sudah lama malah tak pernah dapat.

Maafkan aku wahai ayah dan ibu. Aku bukanlah anak yang boleh dapat dibanggakan. Maafkan aku. Aku hanyalah seorang manusia biasa yang berusaha sedaya mampu dan sentiasa sujud di sejadah tetapi gagal di pengakhirannya. Apakah dosa aku?

Ya Allah, maafkanlah aku jika aku mempersoalkan tentang takdir Mu Ya Allah. Maafkan aku. Berikanlah aku peluang untuk menikmati apa itu kejayaan yang luar biasa. Berikanlah aku peluang Ya Allah.

Labels:

Im Not Afraid
Thursday, November 29, 2012 | 1:06 AM | 0 comments


Labels:

Gagal Semester Pertama
Tuesday, November 20, 2012 | 2:48 AM | 0 comments
photo credit: Wired Photostream via photopin cc



Ya Allah ! Aku malu Ya Allah ! Aku malu dengan ibu bapa aku , adik beradik aku , kawan - kawan aku , aku malu dengan diri sendiri , aku juga malu dengan Mu Ya Allah ! Kenapa hidup aku selalu ditembusi dengan kegagalan Ya Allah ? Adakah aku antara manusia yang tak layak untuk berada di muka bumi ini ? Hmmmm ... Result exam semester 1 sudah pun keluar dan sudah tentu lah jawapannya , aku gagal . Ye , gagal lagi . Gagal dan gagal dan gagal lagi . Bila aku akan menemui kejayaan yang boleh membuatkan hati aku berasa puas dan hati ibu bapa aku puas . Bila ?!!!!   


Terasa masa hadapan aku makin suram bila melihat kembali result aku . Aku tiada peluang dalam bidang akademik . Aku pasti . Tapi disebabkan ibu bapa yang ingin melihat kejayaan anaknya , aku terpaksa akur tanpa membuat bantahan . Aku sebenarnya tidak teringin lagi untuk berada di arena akademik dan peperiksaan ini . Kerana aku tahu pengakhirannya pasti akan mengecewakan aku . Aku tahu , aku cukup tahu !   



Bila memikirkan ingin membuat sesuatu yang lain , pasti akan dikritik hebat oleh ibu bapa aku , aku pasti . Mungkin ayat ini akan keluar , "mu ingat mu bereti belajar mu buleh berjayo ko?" aku pasti ayat ini akan terpacul keluar dari mulut ibu ku . Kritikan sebegini lah  yang akan membuatkan kita hanyut dan terus berfikiran negatif . Ahhh ! Aku tak tahu lagi macam mana nak cakap . Kusut kepala aku memikirkan perihal result ini . Ya Allah , tenangkanlah dadaku Ya Allah ... Allahuakbar ... Tunjukkan lah kepadaku jalan yang boleh membuatkan aku gembira . Jalan yang benar .

Labels:

Surat Untuk Bakal Isteri Ku.
Thursday, November 15, 2012 | 4:20 AM | 0 comments



Sebelum baca surat dibawah , izinkan menekan dulu lagu diatas. :) 

Jika kau pilih aku,
Sebagai putera hati,
Pimpinla aku menuju redhaNya,
Bukan membuka jalan untukku,
Melangkah ke neraka.
Jika kau pilih aku,
Sebagai putera hati,
Tutupla matamu memandangku kerana rupa, harta dan kelebihanku,
Pandanglah aku dengan kekuranganku,
Nilai kembali niatmu,
Masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku.
Jika kau pilih aku,
Sebagai putera hati,
Jangan rosakkan hatiku dengan merinduimu,
Hentikanlah madah2 terindahmu untukku,
Sehingga saat halal itu berlaku,
Jika kau pilih aku,
Sebagai putera hati,
Aku mohon agar kau sandarkan niatmu,
Kepada yg menentukan,
Aku pinta agar kau sentiasa dalam istikharah,
Agar kita kan bisa menemukan insan yg tepat,
Bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara.
Jika kau pilih aku,
Menjadi putera hati,
Ketahuilah,
Tidak ku pinta kemewahan dunia,
Tidak ku mahu kaya harta,
Tetapi aku minta,
Jadikan aku suri yang bisa mendapatkan istana di akhirat sana,
Berikan aku jaminan,
Untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redhaNya.
Jika kau pilih aku,
Dan jika Allah mengizinkan aku memilihmu,
Ketahui la,
Aku akan memilihmu keranaNya.
Saat itu ialah apabila aku tahu,
Kenapa kau memilih aku,
Jawapannya ialah “Kau memilih aku kerana Dia”


dari: http://akuislam.com/blog/renungan/jika-aku-pilihanmu/#ixzz2CEIv41vm

Labels:


Older Post