Allahuakbar
But now those lonely lullabies, Just dampen my tired eyes,
Because I cant forget you.
Searching For The Mrs Right
Tuesday, October 23, 2012 | 3:03 AM | 0 comments
photo credit: eliot. via photopin cc

All my time is searching for the Mrs. Right. Yeah. I know that i used to played girls feeling dulu. But, i dont think that karma is attacking me now! Or, is it? Ahhh! Forget it! I dont believe in this KARMA or watever, im just BELIEVE in Allah. Where is the most precious jewelry that i find rite now? Oh God! Please! My heart is empty right now! I need someone who can support all my work and all what im doing. But, im also know that i cant give my 100% my attention to the girl that i can love. Becoz i dont like to give that attention so so so much to the girl that i dont married first. Take Note That!

3 bulan lepas, aku ada berSMS dengan perempuan yang aku kenal di kampong. Yeah! I like kampong girl and she is most gorgeous girl i found in my kampong. So, i get her number through my cousin. But, after her number got lose, we lose contact. I ask my cousin where is her right now? She just silent her mouth. So, im just, ouh okey. FINE! But, her picture is still in my phone. So sad. Let by gones be by gones. Just pasrah kepada Allah, dan biar Dia yang tentukan siapa jodoh aku. Im now searching for a wife not a girlfriend.

Labels:

AMC Raya Gathering 2012
Wednesday, October 10, 2012 | 8:59 PM | 0 comments
Just late posting. This event was held on 14 September 2012. Hehe.








Labels:

Sesuatu Yang Hilang
Friday, September 7, 2012 | 2:09 AM | 0 comments
photo credit: Brandon Christopher Warren via photo pin cc

Cinta . Apa itu cinta . Aku tak pernah faham apa erti  berkasih - sayang dan apa erti dapat menyayangi seseorang . Bagi aku , cinta ni hanya untuk masa boring . Bila kau dah bosan , kau tinggalkan dia . Itu bagi orang yang tak tahu makna cinta seperti aku lah .

Sejak kebelakangan ini , hidup aku terasa seperti sesuatu yang tertinggal . Terasa seperti sesuatu yang hilang . Terasa seperti ada kekosongan dalam jiwa ini tatkala bersendirian . Baru aku sedar , aku tiada teman hidup . Teman hidup yang boleh menyokong apa yang kita buat . Yang boleh buat kita suka dari duka . Aku tiada .

Ingin mencari tetapi diri tidak sehensem Nabi Yusof . Ingin mencari takut tidak dilayan . Itu antara sebab aku takut ingin mencari teman hidup . Aku ingin mencari yang solehah . Dimana solehah itu ?
Dimana ?

Labels:

Hari Raya Menjelma Lagi 2012
Tuesday, August 21, 2012 | 2:45 AM | 0 comments

1 Syawal menjelma lagi. Terasa sekejap sahaja. Setahun sudah berlalu. Terasa bagai semalam Syawal pada tahun 2011 baru menjengah. Oh! Sudah Syawal 2012. Semakin cepat masa berlalu, semakin tua lah diri ini jugak ye? :D 

Raya pada tahun ini sebagai pelajar Kolej sedikit sebanyak membuatkan diri ini bertambah matang. Matang dari segi semua benda. Perlu berdikari, tidak perlu lagi hidup ini hanya bergantung kepada ibu bapa. Semuanya perlu dibuat sendiri. Pada mulanya, terasa seperti "Aaahh! Kenapa aku perlu lakukan semua ini?" Tapi ingatlah, pengalaman yang akan mendewasakan kita. "EXPERIENCE IS THE BEST TEACHER."

Ramadhan pada tahun 2012, Alhamdulillah. Puasa aku penuh lagi. Tapi, terawih aku masih lagi tidak cukup. Ya Tuhan. Maafkanlah aku. Aku masih lagi tidak sempurna. Hidup di perantauan bukan senang untuk kesana kemari. Kalau tiada transport, susah lah kamu. Disini, nak pergi semayang jumaat pon jauh gila! Ya Allah! Dugaan sungguh! 

Makan di Kolej, selalu makan di restoren. Kalau time banyak duit, aku akan order nasi goreng biasa+telur dadar. Kalau time takde duit, aku order nasi bujang sahaja. RM3.00 . Murah kan? :) Sebab tu namanya bujang. HAHA. 

Sempena hari raya ini, aku ingin menyusun sepuluh jari tanda memohon kemaafan. Segala salah dan silap, agar dimaafkan. Dilupakan memang lah susah. Tapi dimaafkan itu sesuatu yang amat terpuji. :) Aku mengundur diri dulu buat post kali ini. Sehingga kita bertemu kembali di post akan datang. Assalamualaikum. 

P/S : Sedang menunggu seorang insan solehah datang mengetuk pintu hati dan setia hingga akhir hayat. HAHA. 

Labels:

Hargailah Masa Bersama
Monday, July 2, 2012 | 1:35 PM | 0 comments
photo credit: h.koppdelaney via photo pin cc

"Bila bersama, tidak pernah dihargai. Bila tiada, sibuk mencari-cari." Perasaan rindu mula mengetuk pintu hatiku terhadap kawan-kawan sekolah. Keriangan yang kita cipta bersama bagaikan direnggut oleh masa dengan kejamnya. Ahhh, aku mulai merindu kamu wahai teman. Entah bila lagi aku dapat bertemu kamu dan menikmati saat-saat macam dulu. Pahit, manis semua ada. 


Habis je SPM, semua membawa hala tuju masing-masing. Tak semua kawan aku ada nombor telefon. Yang di sekolah menengah pon sikit, apatah lagi di sekolah rendah. Semuanya sudah lost contact. Sakit rasanya otak ini bila memikirkan peristiwa yang kita sudah lalui. Sifat teringin kembali ke zaman lampau amat kuat sekali. Tapi apatah daya. Aku hanya insan biasa. Tiada jampi serapah yang boleh membuatkan aku kembali melihat zaman kita bersama. Melihat dari suduh yang jauh. 


Tujuan aku menulis blog mengenai ini kerana, aku bermimpi tentang kamu semua wahai teman. Bila tersedar dari mimpi. Aku menyesal. Menyesal yang tiada kesudahan. Menyesal kenapa aku terjaga dari mimpi ini. Ahhh! Tolonglah Ya Allah! Kalau boleh, 24 jam aku ingin bermimpi. Selama-lamanya pon tidak mengapa. Bangun dari tidur, aku termenung. Kenapa mimpi ini datang mengetuk kotak mimpi aku? Adakah dia suruh aku merindui kalian? Hanya doa yang boleh aku kirimkan buat teman semoga berjaya dalam hidup. 

Labels:

Mimpi Adalah Kunci
Thursday, May 10, 2012 | 11:29 AM | 0 comments

Pernah tengok tak filem ni ? Bagi aku , filem ini adalah yang paling best sekali bagi yang ingin mengetahui tentang erti kehidupan , persahabatan dan percintaan . Well , percintaan tu takde la hebat sangat dalam filem cuma erti cinta antara dua kanak-kanak . Kalau ada filem ni disiarkan di TV, confirm aku tak akan miss. Betol! Dengan lagu tema nya yang sedap iaitu lagu Nidji - Laskar Pelangi. Melodinya sungguh menjadi halwa telinga.

Dalam filem ni, aku tertarik dengan kata-kata Lintang yang menjawab pertanyaan Ikal iaitu "Gambar ini dimana Lintang?" Lintang menjawab, "ini Eiffel Tower kal, ianya terletak di Perancis, kota Paris. Kota Paris dipenuhi dengan ramai orang cerdik pandai, seniman, artis-artis. Kota Paris adalah kota yang tercantik di dunia kal"

Semasa mendengar ayat tue, tiba-tiba hati aku terasa macam dihempap keinginan yang membuak-buak. Keinginan untuk melihat sendiri kota Paris, yang dikatakan begitu cantik sekali. Ingin melihat menara Eiffel Tower dengan mata sendiri. Dikatakan juga kota Paris adalah kota paling romantik di dunia. Hebat sungguh negara orang kan? Bak kata pepatah "hujan emas di negeri orang, di batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri."

Sebenarnya aku berbangga dengan filem dari Indonesia, mereka begitu memahami bagaimana ingin membawa penonton untuk merasai keperitan hidup seseorang, melalui ranjau duka percintaan seperti filem Ayat-Ayat Cinta. Bukan bermakna aku tidak menyokong industri tempatan, tidak! Cuma, aku lebih suka dengan cara garapan dari orang mereka. Sama juga dengan muzik mereka. Aku suka muzik mereka. Lirik lagu mereka seperti mereka pandai berkata-kata. Pandai mengolah ayat dari ayat biasa kepada ayat bombastik, dan pandai memcipta melodi lagu yang sungguh indah. Kalau tak percaya, anda minat dengan lagu Letto -Ruang Rindu? anda minat lagu Zivilia - Aishiteru? Bagaimana pula dengan lagu Rossa - Ayat-Ayat Cinta? Aku pasti kalian mesti menyukainya juga kan?

Akhir kata, bersempena dengan bulan May ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua insan yang bergelar guru, tak kiralah guru tadika ke, guru sekolah rendah ke, guru silat ke, guru memasak, asalkan mereka panggil kamu cikgu. Selamat Hari Guru!








Labels:

Adakah Aku Dilahirkan Sebagai Seorang Loser?
Wednesday, April 25, 2012 | 2:50 PM | 0 comments
photo credit: Sigalakos via photo pin cc
Terdetik di lubuk hati perasaan dengki dan iri hati melihat kejayaan orang lain . Bukan bermaksud ingin menyihir orang tu , bukan ! Tapi , melihat kejayaan orang lain , membuat aku terpikir , bagaimana orang lain berusaha ? bagaimana kehidupan orang yang berjaya tempuh ? adakah sama dengan aku ? membanding kan diri aku dengan mereka , terpikir di fikiran , adakah aku dilahirkan sebagai seorang LOSER ? 

Sudah banyak perkara yang aku tempuh , semuanya gagal . Selama 18 tahun aku hidup , 97% benda yang aku buat adalah GAGAL ! Pertandingan apa-apa pon yang aku masuk mesti berakhir dengan kegagalan . Sampai kan membuat kan aku berpikir , apa yang tak kena dengan diri aku ? Adakah aku seorang LOSER ? Hanya dua kali pertandingan yang aku masuk menemui kejayaan . Yang lain , HAMPEH ! Apa yang tak kena ? Adakah usaha aku kurang ? 

Kalau dalam akademik , aku mengaku aku kurang berusaha . Tapi takkan benda lain yang aku ceburi turut gagal ? Steve jobs pon kurang cemerlang dalam akademik beliau ! Puas aku berfikir , di mana kelemahan diri aku . Masa pertandingan silat yang aku masuk , tak pernah JUARA . Aku begitu bersungguh masa latihan , setiap hari aku menghabiskan 3 jam latihan di sekolah untuk pertandingan silat . Bayangkan 3 jam setiap hari selama 7 bulan ? Adakah itu tidak cukup ?

Aku harap kehidupan aku sebelum mati tidak berakhir dengan kegagalan , aku pasti , nanti kejayaan akan aku genggam . Mungkin bukan dalam bidang akademik .  Mungkin bidang lain . Insyallah . 

Kalau kamu dilahirkan sebagai orang miskin , bukan salah kamu . Tapi , kalau kamu mati dalam keadaan miskin , itu memang salah kamu . - Bill Gates

photo credit: AlicePopkorn via photo pin cc






Labels: ,


Older Post | Newer Post