Allahuakbar
But now those lonely lullabies, Just dampen my tired eyes,
Because I cant forget you.
Hargailah Masa Bersama
Monday, July 2, 2012 | 1:35 PM | 0 comments
photo credit: h.koppdelaney via photo pin cc

"Bila bersama, tidak pernah dihargai. Bila tiada, sibuk mencari-cari." Perasaan rindu mula mengetuk pintu hatiku terhadap kawan-kawan sekolah. Keriangan yang kita cipta bersama bagaikan direnggut oleh masa dengan kejamnya. Ahhh, aku mulai merindu kamu wahai teman. Entah bila lagi aku dapat bertemu kamu dan menikmati saat-saat macam dulu. Pahit, manis semua ada. 


Habis je SPM, semua membawa hala tuju masing-masing. Tak semua kawan aku ada nombor telefon. Yang di sekolah menengah pon sikit, apatah lagi di sekolah rendah. Semuanya sudah lost contact. Sakit rasanya otak ini bila memikirkan peristiwa yang kita sudah lalui. Sifat teringin kembali ke zaman lampau amat kuat sekali. Tapi apatah daya. Aku hanya insan biasa. Tiada jampi serapah yang boleh membuatkan aku kembali melihat zaman kita bersama. Melihat dari suduh yang jauh. 


Tujuan aku menulis blog mengenai ini kerana, aku bermimpi tentang kamu semua wahai teman. Bila tersedar dari mimpi. Aku menyesal. Menyesal yang tiada kesudahan. Menyesal kenapa aku terjaga dari mimpi ini. Ahhh! Tolonglah Ya Allah! Kalau boleh, 24 jam aku ingin bermimpi. Selama-lamanya pon tidak mengapa. Bangun dari tidur, aku termenung. Kenapa mimpi ini datang mengetuk kotak mimpi aku? Adakah dia suruh aku merindui kalian? Hanya doa yang boleh aku kirimkan buat teman semoga berjaya dalam hidup. 

Labels:


Older Post | Newer Post