Allahuakbar
But now those lonely lullabies, Just dampen my tired eyes,
Because I cant forget you.
Mimpi Adalah Kunci
Thursday, May 10, 2012 | 11:29 AM | 0 comments

Pernah tengok tak filem ni ? Bagi aku , filem ini adalah yang paling best sekali bagi yang ingin mengetahui tentang erti kehidupan , persahabatan dan percintaan . Well , percintaan tu takde la hebat sangat dalam filem cuma erti cinta antara dua kanak-kanak . Kalau ada filem ni disiarkan di TV, confirm aku tak akan miss. Betol! Dengan lagu tema nya yang sedap iaitu lagu Nidji - Laskar Pelangi. Melodinya sungguh menjadi halwa telinga.

Dalam filem ni, aku tertarik dengan kata-kata Lintang yang menjawab pertanyaan Ikal iaitu "Gambar ini dimana Lintang?" Lintang menjawab, "ini Eiffel Tower kal, ianya terletak di Perancis, kota Paris. Kota Paris dipenuhi dengan ramai orang cerdik pandai, seniman, artis-artis. Kota Paris adalah kota yang tercantik di dunia kal"

Semasa mendengar ayat tue, tiba-tiba hati aku terasa macam dihempap keinginan yang membuak-buak. Keinginan untuk melihat sendiri kota Paris, yang dikatakan begitu cantik sekali. Ingin melihat menara Eiffel Tower dengan mata sendiri. Dikatakan juga kota Paris adalah kota paling romantik di dunia. Hebat sungguh negara orang kan? Bak kata pepatah "hujan emas di negeri orang, di batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri."

Sebenarnya aku berbangga dengan filem dari Indonesia, mereka begitu memahami bagaimana ingin membawa penonton untuk merasai keperitan hidup seseorang, melalui ranjau duka percintaan seperti filem Ayat-Ayat Cinta. Bukan bermakna aku tidak menyokong industri tempatan, tidak! Cuma, aku lebih suka dengan cara garapan dari orang mereka. Sama juga dengan muzik mereka. Aku suka muzik mereka. Lirik lagu mereka seperti mereka pandai berkata-kata. Pandai mengolah ayat dari ayat biasa kepada ayat bombastik, dan pandai memcipta melodi lagu yang sungguh indah. Kalau tak percaya, anda minat dengan lagu Letto -Ruang Rindu? anda minat lagu Zivilia - Aishiteru? Bagaimana pula dengan lagu Rossa - Ayat-Ayat Cinta? Aku pasti kalian mesti menyukainya juga kan?

Akhir kata, bersempena dengan bulan May ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua insan yang bergelar guru, tak kiralah guru tadika ke, guru sekolah rendah ke, guru silat ke, guru memasak, asalkan mereka panggil kamu cikgu. Selamat Hari Guru!








Labels:


Older Post | Newer Post