Kurangkan Online. Yeah!
Monday, January 10, 2011 | 6:33 PM | 0 comments
Assalamualaikum...
Pertama sekali, aku ingin bertukar panggilan kepada Emat. Ye! Lebih sesuai nampaknya. Berbalik kepada tajuk. Kurangkan online. Mungkin tajuk yang amat sesuai untuk hari-hari yang mendatang kepada Emat sebagai calon SPM tahun 2011. Kalau dulu, Emat online sampai pukul 2-3 pagi. Jadi sekarang, mungkin Emat akan online pada cuti hujung minggu aje, tu pun sekadar balas-balas comment yang ade. Kalau takde? Off je lah! Kih3.
Went to school, sampai-sampai je, heboh diperkatakan tentang facebook akan ditutup. Dengan sepantas kilat. Balik sekolah, bukak com, terus buat research. Rupanya baru khabar angin. Mereka kata facebook akan ditutup pada Mac 2011. Harap-harap tidak, kerana facebook lebih banyak mendatangkan kebaikan daripada keburukan aku rasa. Orang tua yang ade facebook bukan macam budak muda, diorang ade fb sebab nak cari kawan lama dan ada yang sekadar buat aje. Yang buatkan fb nie jadi buruk ialah, fitnah-menfitnah, kata mengata, dan penyentuhan sensitiviti agama atau kaum lain. Itu yang menyebabkan ianya sampai nak tutup tue.. Aduhai... Dunia2...
Labels: personal thinking