Soar the Untamed Spirit
Tuesday, December 14, 2010 | 11:55 AM | 0 comments
kawan aku, Izzat Fauzi namanya! =) |
Semalam aku pergi tuisyen, masa masuk kelas tue, tiba2 aku dicuit oleh seorang makhluk Allah. Oh, terkejut aku. Aku pun berpaling, dan aku tengok rupanya kawan lama aku masa form 2. Bestnya. Aku rindu kat kau beb! Dah lama kita tak jumpa. Last jumpa ari tue masa bulan 6, kitorang ada buat gathering bersama. Syok abes. Lepas tu tak jumpa dah. Jadi, seronoknya aku time tue. Kami pun berborak kosong lah dalam kelas. Macam-macam cerita kami kongsikan bersama. Oh indahnya detik itu. Dulu, masa form 2 aku dengan dia sama2 jadi pengawas. Pengawas nerd! Ahah! Macam cerita waktu Rehat tue.. haha.
Sebenarnya ramai lagi kawan-kawan yang aku telah lama terpisah tidak kira yang masa sekolah rendah, mahu pun sekolah menengah. Semuanya aku rindu nak jumpa. Tapi aku paling rindu kawan-kawan masa sekolah rendah. Banyak kenangan aku masa bersama diorang. Dan kenangan masa sekolah menengah pulak, masa form 2. Perrrgghh.. Tahun yang memang best gile. Tak dapat aku lupakan sampai aku mati. Ada cerita, masa tue aku pengawas. Memang pengawas diberikan tugas kan. Jadi aku dengan 2 orang kawan aku nie memang seorang pengawas yang malas nak jalankan tugas. Dahlah aku dok tingkat atas sekali! Letih doe nak naik turun. Ingat kitorang ape? Robot? Jadi, setiap hari ketua pengawas akan datang ke kelas aku untuk suruh kami buat tugas. Jadi, hari tu, macam mana kitorang dapat idea nak menyorok bawah meja guru. Muat plak masa tue 3 orang bawah meja. Hahahahaha.. Gila ape, pengawas bawah meja. Memang ketua pengawas tue garang giler. Nampak bayang-bayang pun dah lari beb! Jadi, ikutkan takut, kitorang pun menyorok sampai dia habis round. Fuhhh,, nasib kitorang baik, dia tak nampak kitorang. Memang mcm tue la hari2.... Itulh antara kenangan manis aku masa form 2. Kalau diceritakan balik, memang kitorang bergelak sakan sampai menangis. Haha.
p/s : Terima kasih kawan2 kerana buatkan hari ku bertambah ceria! Thanx guys!!
Labels: remembered memories