Senior Year! =)
Tuesday, December 28, 2010 | 11:19 AM | 0 comments
Tadi selesai sudah pergi daftar kat sekolah, wah, dah tua la aku skang. Kena bersikap matang nih. Anyway, budak-budak form 1 tadi ramai giler. Semuanya datang dengan mak ayah belaka. Semuanya muka keanak-anakan. Ada yang comel, ada yang cam dah nak jadi samseng. Nasib-nasib! Tahun depan dah SPM, jadi kena buat yang terbaiklah, kena struggle habis-habisan dah kali nie, biar cita-cita aku nak jadi PILOT tercapai. Tahun depan aku akan terbang merentasi dunia tanpa sempadan. Yeah! Tak sabar aku nak sentuh pesawat, enjin dia. Perrrgghh! Doakan semoga aku berjaya. Insyaallah tahun depan 9A1 dalam genggaman. Semoga air mata kegembiraan jatuh di pipi ku. Kalo tak bleh jadi PILOT, aku nak mintak UIA jer lah, ambik Arkitek. Hmmm.. aku takot aku tak pass jer nak mintak PILOT sebab aku rabun. Takpelah, kita tengok kalo2 ade rezeki.Gembira dapat jumpa kawan selepas sebulan setengah tak bersua. Semuanya bercerita pasal bola. Haiisshh, tak habis2 bola diorang nie. Aku pun dah naik boring. Tapi kan, best la permainan Malaysia tempoh hari, terkedu penyokong Indonesia bila Malaysia sumbat gol yang pertama. Perrgghh, dah macam EPL dah aku tengok. Aku pun dengan semangat yang tinggi seperti harimau MALAYA terus memberikan sorakan dari rumah. Jersi Malaysia aku dah beli. Aku beli kat Al-Ikhsan, harga dia RM199. Mahal gila. Tapi abah aku beli sempena hari jadi aku tempoh hari. Hehehe.. Malaysia memang hebat, tak gentar walaupun pernah kalah dulu. Tapi setiap kegagalan kita harus bangkit mencari kemenangan. Ayuh Malaysia benamkan Garuda di Indonesia esok! GOMO MALAYSIA GOMO! Heheheehe....
Labels: totally awesome