Allahuakbar
But now those lonely lullabies, Just dampen my tired eyes,
Because I cant forget you.
Chak De Malaysia!
Thursday, December 30, 2010 | 6:11 PM | 0 comments
peledak utama negara, Safee Sali ketika meraikan jaringannya.
Wah, memang semangat harimau MALAYA betul lah. Tahniah Malaysia kerana berjaya menghapuskan segala tindak tanduk dan provokasi oleh penyokong Indonesia. Tergamam penyokong diorang kita berjaya sumbat gol pertama. Tapi barisan pertahanan kita tak berapa mantap. Asyik bolos saja. Tapi takpe, kita dah mendahului diorang 3-0 masa perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil(SBJ). Kali nie kita dah mind set supaya bertahan saja. Alhamdullillah 180 minit kita tempuhi dengan penuh cemerlang dan menempis segala cacian dan kutukan yang diberikan oleh media-media Indonesia. Tahniah buat Safee Sali yang berjaya mencari peluang yang terhidang dan terima kasih kepada Shahrul Idlan yang begitu licik mengelecek bola memasuki kotak penalti. Tidak disangka-sangka kita menang dengan mudah walaupun perlawanan pertama ketika menentang Indonesia kita kalah 5-1!

Khairul Fahmi sedang melayari internet di sebuah hotel di Vietnam
Dalam sibuk bercerita tentang jaringan Safee Sali, penjaga gawang Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat juga tak ketinggalan menerima kata-kata pujian sebagai penjaga gol terhandal di negara ini. Tuah tahun ini miliknya. Siapa sangka Khairul Fahmi atau Apek gelaran yang diberi kepadanya memang cekap dalam menjaga gawang. Goaly terhebat musim ini. Dikatakan semua gadis-gadis di Malaysia sudah terpikat dengan ketampanan pemuda yang berdarah Melayu+China ini. Apek berasal dari Kota Bharu Kelantan. Tahniah Apek. Perlawanan semalam Apek berjaya menyekat bola hasil sepakan penalti daripada kapten Indonesia. Bola itu dengan mudah dapat ditangkap oleh Apek dan berjaya membuatkan penyokong mereka tergamam melihat aksi goaly Malaysia. Saya adalah salah seorang peminat penjaga gol ini. Tahniah Safee Sali, Apek dan MALAYSIA.

Bak kata Shah Rukh Khan : "Chak De Malaysia". Maksudnya "MALAYSIA BOLEH"

Labels:


Older Post | Newer Post