Have you ever loved someone???
Sunday, October 3, 2010 | 6:58 PM | 0 comments
Aku pernah bercinta? Jawapanya tidak! Tahu kenapa? Kerana aku merasakan cinta itu hanya satu perasaan yang kadang-kadang ada, kadang-kadang tak ade. Mak aku pernah mengeluarkan kata-kata pujangga, "bercinta ibarat satu lakonan, kerana disitu terlihat semua keindahan". Betul! Aku sokong apa yang mak aku cakap. Mula-mula bercinta memang seronok. Boleh kongsi perasaan, sayang-menyayangi, saling mempercayai dan bermacam-macam lagi. Tapi, kalau jodoh kita ada dengan somebody kita cinta tue, kita akan nampak jua keburukan yang ada pada dia. Apa yang terjadi lepas tue, terima je lah seadanya kerana dia adalah isteri/suami kita.
Aku pernah dilanda perasaan jatuh cinta beberapa kali. Tapi, aku tidak pernah menyatakan perasaan aku terhadap si dia. Aku takot. Kalau-kalau aku tidak dapat menjaga dia dengan sepenuh hati aku. Pernah juga perempuan suka dekat aku. Aku buat tak layan. Aku tak suka dengan perempuan tue atas beberapa faktor. Selama 16 tahun aku hidup. Aku tak pernah bercinta. Apabila rasa boring, aku mula memikirkan soal cinta. Alangkah indahnya hidup jika aku bercinta. Tapi, jika aku fikirkan balik. Aku tak layak untuk bercinta. Kalau ade orang tanye aku, "dah ade gf?"aku akan cakap tak ade. Sebab memang ya pun tak! Orang tidak mempercayai aku. Suka atilah.
Ada orang bercinta dia sedih, ada orang plak bercinta dia happy. Ada orang bercinta untuk main-main, ada orang bercinta untuk suka-suka. Sekadar memainkan perasaan orang memang jahat! Yang penting sekali adalah niat. Kalau niat kita betul untuk bercinta hanya kerana Allah. Nescaya, akan ade keberkatan itu dalam perhubungan. Ape-ape pun cintai Allah dan sayanglah sesama manusia supaya hubungan kita dengan Allah dan hubungan kita dengan manusia tidak putus... Amin Ya Rabbal Alamin...... =)
p/s : aku suka kata-kata ini " jadilah seorang perempuan yang berada di dalam kaca yang amat sukar untuk disentuh". Mendalam tue....
Labels: personal thinking