Kem Remaja Bestari 2010 di PSMZA
Wednesday, June 23, 2010 | 6:41 PM | 0 comments
Lokasi Kem : Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin,Dungun,Terengganu.
KEM YANG TERINDAHAssalamualaikum dan salam 1Malaysia.Haha.Cuti 2 minggu aku manfaaat kan dengan pergi kem untuk anak-anak TNB.Kem ini ditaja oleh Yayasan Tenaga Nasional Berhad.Kem ini berlangsung selama 4 hari tetapi bagi yang berada di Kelantan kami terpaksa pergi awal iaitu pada hari Ahad.Kira 5 hari la kitorang berkampung kat sana.Kem ini adalah peringkat Zon Timur.Kalau negeri - negeri lain diorang pun ada jgk.Zon Barat,Zon Selatan,Zon Utara.Kesemua peserta datang dari Kelantan,Terengganu dan Pahang.Aku orang Kelantan.Yeah.Gomo Kelate Gomo!
Hari Pertama 6/6/2010 :
Aku mula bangun pagi pukul 7.00 pagi.Dengan hati yang berkobar-kobar bercampur pula dengan perasaan takut(hehe.tak pernah pergi kem ni walaupun dah banyak kali dianjurkan).Barang-barang keperluan semua sudah di pack kan ke dalam bag.Dua beg aku bawak.Mana cukup doe satu je.Tapi aku tengok ada orang tu bawak satu beg pun dah cukup.Heran aku.Baju dia besar anak patung je ke?Aku memang kalau pergi kem mesti bawa dua beg punye.Huh!Memang dah menjadi tradisi orang kata.
Setelah siap "mengecheck" barang,aku pun bertolak dari rumah aku.So miss the house that day!Rindu macam-macam yang ada.Memang berat hatilah nak tinggalkan rumah aku yang penuh misteri dan gelak ketawa itu.Aku rindu dengan katil aku,PS2 aku,Kasut bola aku,Abah,Mak,Kakak dan negeri Kelate.Huhu.Yang paling aku miss sekali adalah air teh o ais mak aku.Fuhh...Rindu tahap gaban bro.Rasa macam ditusuk sembilu.Pedih tak bleh nak cakap kat orang. Waktu bertolak dari Kelate ke Terengganu pada pukul 9.00 pagi di Stor Lundang TNB.Huh!Aku macam biasa la.Bertolak pukul 8.30 pagi.Ngam-ngam sampai kul 9.00 pagi kat sana.Haha.Tapi diorang baru check list name baru.So,kitorang buat bodoe dulu r.Ada orang naik bas.Kumpulan aku kena naik Coaster.Huh!Korang kenal Coaster tu ape?Van la.Cuma diorang je nak best panggil Coaster.Jatuh standard woo.Malu aku.
Sebelum bertolak kitorang dipanggil dulu untuk sesi briefing.Bla.Bla.Bla.Tamat.Dahlah briefing tengah-tengah panas.Aduiii..Panas perut aku.Mau je aku bertukar jadi Hulk.Huh!Malas je.Tapi takpe.Okay kita pendekkan sesi briefing ni kita pergi ke perjalanan ke Negeri Terengganu Darul Iman.
Perjalanan mengambil masa selama 7 jam.Aku pun tak tahu kenapa boleh jadi sampai 7 jam.Mungkin disebab kan kem ini berada di daerah Dungun kot.Ye lah Dungun ni dah dekat dengan Kuantan dah.Okay,kitorang berhenti rehat sebanyak 3 kali jer.Huhu.7 jam berjalan 3 kali jer beb berhenti.Bayangkan.....Okaylah aku pendekkan cerita ni.Kita masuk bab lain plak.
Kami dibahagikan bilik.Satu bilik 2 orang.Aku duduk dengan kawan aku.Irhammudin.First sekali kitorang buat adalah duduk atas katil sembang-membang.Takde ape yang best hari pertama sebab takde orang lagi.Kitorang je yang first sampai kat Dungun.Budak-budak negeri Terengganu dan Pahang sampai keesokan plak.Jadi,tempat tu kitorang punyer.Yahoooo!!!!Memang free lagi hari pertama.Berbual sampai larut malam.Memang macam-macam terjadi.Malam tu,kitorang nampak Polis TNB sedang berbual dengan sape entah.Kitorang pun kacau Polis tue dengan lampu suluh.haha.Dia buat tak endah je.Dia takot sebenarnya.Hehe.Saje je kitorang kacau nak tunjuk samseng sikit.Hehe.
Hari kedua 7/6/2010 :
Majlis perasmian untuk kem ini.Kem ini diuruskan oleh Hushim Motivational.Haa.Ni dia orangnya.
Best woo beliau ni.Ayat dia memang power.Ceramah dia menjadi.Pendek kata,kalau berkaunseling dengan dia.Memang berbaloilah!Ada part dalam ceramah dia tue.Dia suruh semua ibubapa pergi dakap anak-anak.Part ni sedih woo.Dahlah kitorang dari Kelate ni ibubapa tak dapat hadir.Sedih.Sedih.Tapi takpe.Kesedihan tu sementara saje dalam 3 minit je.Then,majlis pun tamat.Selesai sudah kembali ke bilik.Kul 11 malam kitorang tido.
Hari ketiga 8/6/2010 :
Bermacam-macam aktiviti kitorang buat.Dari mental sampailah ke fizikal.Pembahagian kumpulan telahpun dibuat pada hari kedua.Aku telah terpilih untuk masuk ke kumpulan 12.Nama kumpulan aku adalah Ocean Lagun.Terdiri daripada 10 orang iaitu Rosma,Wanie,Shakira,Zakiah,Aishah,Farah,Fatah,Hamizan,Hazwan dan aku.Fuhh...diorang memang sporting giler.Aku sorang jer tidak.Sebab aku ni pendiam jadi aku diam je la.Nak cakap banyak malu.Hehe.Malam tue kena buat persembahan.Tajuk persembahan kitorang adalah "perkahwinan".Aku cuma menjadi sebagai suara latar untuk sketsa je.Tak popular mana la.Kesemua pembentangan dari kumpulan lain memang best tapi kumpulan aku je yang special sikit sebab ada sketsa.haha.Mendapat tepukan gemuruh dari semua peserta.Memang bangga.Haha.
Hari tu juga kitorang belajar Bahasa Inggeris.Haaa..Ada lagu tau...
Black Sweet,Black Sweet. Black Sweet,Black Sweet. Ooo Black Sweet. See No Fed Up,See No Fed Up. See No Fed Up,See No Fed Up.
Hari kelima 10/6/2010 : last day
Hari last part yang paling sedih kerana semua orang diibaratkan tak nak berpisah.Setiap yang hidup pasti ada perpisahan.Perpisahan pasti ada kenangan.Kenangan itu yang paling diingati seumur hidup.Hari last diorang umumkan kumpulan aku Ocean Lagun menjadi juara.Bangga giler Fasi aku Kak Emma dengan anak-anak buah dia.Aku pun bangga jugak.Then,kitorang pun buat satu bulatan besar untuk bersalam-salaman bermaaf-maafan.Ada yang menangis,ada yang control macho,ada yang selsema saje.Majlis pun tamat.Apa lagi.Time to take a pic lah.Macam-macam gaya ade.Yelah nama lagi last day kan.Then,kitorang pun balik Kelate.
Apa-apa pun kenangan di Dungun adalah yang da best of the best lah.Miss that all moment.
Apa-apa pun kenangan di Dungun adalah yang da best of the best lah.Miss that all moment.
Labels: cuti, kem remaja bestari 2010, zon timur